marzuna

Tuesday, December 1, 2009

perubahan hidup

0112009.Lagi sebulan nak melangkah ke tahun baru.Macam2 benda berubah sepanjang tahun 2009 ni.Perubahan paling ketara adalah aku mempunyai seorang anak dan menjalani kehidupan sebagai mummy.Seronok ada anak
ecik ni tp kalau dia meragam tue yg jadi tak seronok.Kdg2 tak tahu nak buat pujuk macam mana.Alhamdulilah setakat ni Dameea Maisarah tak pernah lagi meragam teruk sangat.Sikit2 tue normal la untuk baby..

Perubahan kerja pulak- macam takde yg berubah.Sebelum ni dalam kehidupan aku kerja no 1 tapi skrg dah tak
tahu jatuh no berpa.Cuma harapan aku kerjaya aku dekat sini akan menjadi semakin baik hari demi hari..Urat dah banyak terputus ni, wat programming pun kdg2 benda basic pun cam lupa lak...huuhuhuhu..

Perubahan yang paling teruk aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak dan tak nak turun2...huuhuhuh...camner nak kuruskan badan.Ada sape2 leh tolong tak? turunkan badan tanpa kurangkan makan...Kalau kurang makan nanti susu lak takdek, sian pulak dekat Dameea maisarah..

Sekarang ni rasa masa cepat sangat berlalu.Rutin harian pun dah berubah.Pagi2 bgn pam susu, siap2 pergi kerja, siapkan anak (susu+tukar baju) tuk hantar rumah nursery.nasib baik la hubby banyak membantu.Kesian kat dia..Terima kasih banyak2 kat dia. Bangun pagi2 sama2 tolong kemaskan dan sediakan beg pam susu tuk bawak pergi ofis,sediakan + labelkan tuk susu Dameea Maisarah.kalau dia tak membantu mmg tak cukup tangan rasanya.

Apa pun setiap perubahan ni membuatkan aku jadi lebih bahagia danSetiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

No comments: