marzuna

Thursday, December 24, 2009

~24.12.2009

Minggu ni agak busy sikit. Walaupun aku tak termasuk dalam project CSI tapi sikit sebanyak kena gak tempiasnyer.Walaupun busy tapi aku still berjaya mengepam susu untuk Dameea Maisarah 3 kali sehari.Kebelakangan ni, hasil perahan agak mengecewakan, paling banyak aku dpt untuk 3 kali perahan cuma 11 auns aje.Tak tahu mcm mana nak tambahkan susu lagi.Dah macam2 petua aku try. Kadang-kadang macam penuh sgt perut sebab minum air byk sgt .Asyik ke toilet aje. Dah sama situasi mcm pregnant dulu.Demi Dameea Maisarah semua sanggup aku buat. Makanan yang aku tak suka makan pun aku makan.Semata2 nak dapatkan susu yang banyak.Tapi setakat ni semua petua yang aku ikut takde lak yang menambahkan hasil.Apalah agaknyer makanan yang sesuai untuk tambahkan susu ek, sebab setiap org lain.Ada org yg sesuai dan ada jugak orang yang tak sesuai.
Dibawah ni aku senaraikan antara makanan yang leh tambahkan susu.Sesiapa nak try boleh try;
1. Adik-beradik ikang sardin
2. Carrot susu
3. Buah kurma
4. Buah pisang
5. Air madu
6. Air longan @ mata kucing
7. Rasberry cheese kek
8. Air Soya
9. Tauhu goreng & tempe goreng
10. Roti celet planta
11. Air milo + oat
12. Air 100 plus
13. Lobak putih
14. Tuna sandwish
15. Bayam tumis air
16. Ikan tenggiri masak tauchu
17. Daun kucai
18. Sayur Sawi
19. Kentang rebus
20. Kuah kacang ( makan dgn satay)
21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
22. Ulam pegaga
23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
25. Sambal kering ikan bilis + tempe
26. Sup petola

Nur Dameea Maisarah semakin aktif skrg ni.Suka sgt bertimang.Kadang2 mmg tak larat kalau dia asyik nak bertimbang ajer..Perangai yang tak pernah berubah ialah berborak.Suka sgt borak.Malam2 bgn tukar lampin pun nak borak gak. Hobi lain dia ialah hisap jari.Kadang2 sampai 10 jari dia nak masukkan dlm mulut dia yg comel tue.Mmg Kiut..Menyarap mmg tak pandai lagi, tapi dah pandai mengereng dan pusing2 kan badan.Hopefully next month dia akan pandai menyarap la.Tak sabar nak tunggu dia besar..

No comments: