marzuna

Wednesday, March 9, 2011

Outstation Dari Selatan Ke Utara Part 1

Assalammualaikum..

Bulan March adalah bulan yang plg byk saya travel.Awal-awal bulan aritu saya ngn encik Suami dan tentulah bersama-sama dgn mya omei telah pergi ke Muar.Kita orang bergerak dr rumah kira-kira pukul 9.00 malam++.Singgah kat opis kejap ambik Siti Zarina.Sampai kat Muar[Hotel Muar Traders] tepat pukul 12.00 Malam.Jadi Cinderella la kami malam tue.Nasib baik baju yang kami pakai tak berubah menjadi buruk atau kereta yang kami naik bertukar menjadi tikus.Kalau itu berlaku haru jugak la..hihiihihih.

Mya seperti biasa, akan tidur sepanjang perjalanan.Memang bertuah tapi yang tidak berpa bestnya dia terjaga masa sampai dekat hotel.Pukul 2.00 pagi ++ juga baru dia nak lena.Itupun dah berapa kali dia cungkil mata saya dan Daddy dia, tak bagi tidur[Kita orang mmg mengantuk sesgt, mmg terlelap..terlena jugak rasanya].Kesian kat Mya tapi nak buat macam mana, saya bukan datang nak makan angin atau bersenang lenang tapi saya ke sana untuk bekerja.

Hotel Muar Traders boleh dikategorikan ok.Sesuai dengan harganya.Bilik agak besar dan view jugak cantik tapi yang tak bestnya takde swimming pool,bath tab dan almari baju.Tapi tak per la..Oleh sebab dah sampai ke Muar kami pun perkena la Mee Bandung.Tak sempat nak snap picture sebab mood saya kurang baik pada hari tue..Badan tak berpa sihat dan kepala agak tiong, tiong sikit.Walaupun bapa mertua saya orang Muar dan secara automatik encik suami saya ada darah keturunan Muar tapi dia tetap fail jalan-jalan di pekan Muar.Beberapa kali jugak la, kita orang makan langsat[maksudnya sesat] semata-mata nak cari kedai Mee Bandung yang keluarga mertua saya selalu makan.Nasib baik la ada pakcik gps[siti zarina yang punya].Siap marah-marah lagi pak cik gps tue.Garang betul
Gambar yang ditangkap semasa bfast di Hotel Muar Traders
Pemandangan Muara Sg Dr Cafe Yang kami bfast.

Hari ke dua lak, saya kena turun site ke segamat.Jalan agak mencabar dan meletihkan.Ikut belakang lori.Jalan pun satu line jer..so agak sukar untuk memotong.Kita orang stay kat situ sampai kul 2.00++ dan bertolak balik ke KL.Sampai KL jalan dah start jem.Penat tak yag cerita la.Mya pun dah ngamuk-ngamuk.Kesian kat dia, kita yang dah tua ni penat sure la dia lagi penat.
Sampai rumah pun dah pukul 6.00 petang.Sampai skrg penat outstation tak abis lagi ni.

Nanti saya sambung outstation ke Utara pulak.Nak kena stop dulu sebab dah pukul 0515.Nak p ambik Mya omei kat nursery..Tata..

No comments: