marzuna

Friday, March 25, 2011

First Checkup Di Klinik Kesihatan Kelana Jaya

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya ambik cuti untuk check up di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. First checkup untuk second baby nie.Sebelum pergi klinik, terpaksa hantar mya omei ke Nursery kat Opis dulu sebab dah sedia maklum p klinik kerajaan tak sah kalau tak ambik masa 3-4 jam.Nanti Mya Omei buhsan.Kalau dia buhsan tak aper la, yang paling haru kalo dia buhsan dan ngamuk.Habis satu klinik boleh dengar suara dia nanti.

Sampai kat klinik orang dah ramai.Ye la..dah pukul 0900 pagi.No giliran pun dah 6061.Bermaksud saya orang yang ke-61.Masak la nak menuggu.Lebih-lebih lagi first time.Kena tunggu nurse tue buat buku merah dan key in data.Rasa nak tolong aje dia key-in kan.

Mula-mula kena ambik berat dulu, pastue ambik tinggi n then buat ujian air kencing.Ketiga-tiga prosedur ni tak apa, tak menyakitkan.Yang paling tak best, masa ambik darah.Sakitnya la kena cucuk.Ngadu ngn Encik Suami, dan dia cakap "Ala, mya dulu lagi banyak ambik darah, Mya relaks aje".huhuhuhu..Mmg la Mya relaksss sikit sebab deria sakit baby kurang.Bukan sikit nurse tu ambik darah, sebotol gak la huhuhuhu[tak de la besar sgt pun botolnya, saje je buat gimik].

Lepas siap ambik darah, kena jupe nurse plak.Ni pun ambik masa yang lama.Dia check breast n then bagi talk sikit pasal pemakanan seimbang.Pastu labelkan buku merah saya tue dengan sticker hijau.Maksud sticker hijau adalah "berat kurang".Ala bukan banyak pun berat saya kurang, cuma 2 kg aje.Sepatutnya boleh la dimaafkan.Disebabkan berat saya yang tak cukup untuk paras normal ibu mengandung, saya terpaksa menunggu lagi untuk berjumpa doktor.Dekat 20 minit jugak saya menunggu dan masa jumpa doktor cuma mengambil masa kurang 5 minit.Doktor hanya tanya soalan, "memang berat badan kamu macam ni selalu ke?"Saya dengan confident cakap, "Tak la, selalunyer berat saya 45 kg.Morning sickness saya teruk sebab tue berat saya turun kot".Doktor tu sengeh2 dan cakap 45 kg aje?Kamu tak makan ker? uhuhuhuhu..Dan akibatnya saya terpaksa buat appoiment  lain untuk diagnolisis[saya pun tak tahu, diagnolisis apa yang dia nak buat.jangan saya jadi bahan uji kaji sudah]

Oleh sebab saya dah ambik cuti, sempat la saya p dating ngn encik suami di MidValley Megamall. Jalan-jalan ke MPH[tempat dating masa muda-muda dulu] cari buku untuk Mya Omei dan beli beg Barney kat Toy'sUs.


7 comments:

zeifah said...

mcmana berat x kurang...makan nyer sikit...selebihnya encik suami yg kena abiskn.....last2....encik suami yg mcm tong jadinya.....

marzuna said...

alamak..encik suami marah la pulak..
[bak kata mya~ eddy arah] hihihiih

SalidaSunshine said...

Fuh, mmg intelek. Dating kat MPH.

ecah said...

lid, sbb tu dia ayam..dating sambil baca buku..org lain dating sambil tgk air tasik..haha

marzuna said...

Lyd ~ ni kes nak jimat kos. Boleh baca Novel Free.

Ecah ~ tasik dah jemu tgk, dulu kat usm hostel aku ngadap tasik..

sya-shan said...

Klinik Kesihatan Kelana Jaya time weekend bukak tak?

marzuna said...

Sya-shan ~ tak Bukak pun.Rasanya bukak sampai 0430 ptg aje weekdays.