marzuna

Thursday, May 5, 2011

Anniversary dh ke???

~ HaPpY AnNiVeRsArY ~
 
Eh..eh…dh anniversary ke??? Hheheheh…
Belum lg la……lambat lagi…..saja je nak kongsi ngan korang semua….Pagi td Encik suami call tetiba lak wish ~ HaPpY AnNiVeRsArY ~ …..terkejut la….rupa-rupanya arini ulangtahun perkenalan Encik suami ngn saya….
Bestkan……lagi best kalau ada hadiah….heheheheh

Walaumacamana pun syukur Alhamdulillah kami masih bersama hingga ke harini hingga dikurniakan cahaya mata yg comei…..Mya Omei la tu….heheheh
So…sempena ulangtahun kami berkenalan ni saya nak kongsi la ngn kawan2 doa2 buat si suami, buat si isteri, buat keluarga agar hidup kita kekal bahagia, aman sentiasa, tidak lupa pada agama…..jom kita sentiasa ingat mengingati & berdoa sesame (jgn lupa doakn kami gak yek!!)…..

“Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.”
  



** sumber doa dari : www.darussyifa.org

No comments: