marzuna

Tuesday, December 13, 2011

Kembali bekerja..

Nur Hannah Maisarah
Hari ni 13/12/2011 hari ke dua saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti bersalin.

Banyak kejadian yang seronok dan tak seronok sepanjang saya bercuti. Yang pertamanya bos saya akan berhenti hujung bulan ni. Risau jugak dapat bos baru. Hopefully lebih baik la kan.CEO saya pun telah ditukarkan.Saya tak kisah pun siapa CEO tapi kali ni saya kisah sebab kenaikan gaji saya akan lewat untuk tahun 2012. Selalunyer dapat bulan 1 tapi sekarang dapat lan 2.ish2...byk effect tue.

Hannah ngn Mya saya dah start hantar nursery minggu lepas. Mya saya hantar hari isnin lagi tapi hannah saya hantar hari khamis. Nak bagi dia orang biasakan diri duduk nursery.Setakat ni alhamdulilah, hannah dan mya ok.Mya tak nangis dah pagi2 masa saya tinggalkan.Pagi2 dekat rumah, masa saya dan encik suami tgh bersiap-siap nak pergi kerja.Dia akan tanya saya nak pergi mana.Bila saya jawab nak pergi work  dan Mya kena pergi school dia akan merengek2 sambil ckp 
Hannah dan Mya
" taknak...taknak..". Senang aje nak pujuk dia..Saya cakap aje.."Mya kena pergi school, tolong mummy jaga adik.Nanti kalau adik nangis sape nak tolong jaga". Tak tahu la dia faham ke tak tapi dia akan berhenti merengek2..Hannah tak tahu apa-apa2 lagi. Of course la dia lagi tak nangis nak mengikut.Tunggu la 3-4 bulan nanti, tengok macam mana, masa tu dia dah kenal orang. Hopefully dia tak ikut perangai kakak dia yang menangis kat nursery.

Pagi-pagi saya agak terkejar2 juga sekarang ni. Tengah biasa kan diri menguruskan anak sambil bersiap2 nak pergi kerja. Mujurlah encik suami banyak membantu. Kalau encik suami takdek mau tunggang terbalik rumah kami agaknya. Alhamdulilah, encik suami mmg suami dan ayah yang baik..."Thank you, abang cyg..Kalau rajin malam2 tolong masak sekali eh :..ihihihihiih "

10 comments:

aidabdulatif said...

bos mana yang tukar zuna??

koang gaji baru kan...cola pun mantopp

marzuna said...

aida~mana ada baru..lama jer..

aidabdulatif said...

bos mana yang nak berenti ni zuna..sebok2 ..

marzuna said...

Puan kesayangan ramai tue... Kenal tak?

aidabdulatif said...

queen?? nak gi mana pulak??

marzuna said...

kerja tempat baru la.. yg segala2nya lagi besh... :)

aida said...

waaa.....kat mane?
kut2 tersangkut paut pulak..

sape yg buat integration ngan sistem MyGset kastam?

dah jd ape ruang soalan pulak ni..

marzuna said...

tak sangkut paut kot..

tak tahu la sape yg buat integration tu..maklum la, aku baru jer start keje..uhuhuh

e-Jay said...

Amboi2..aida nak queen ke sana ker?..

Zuna; Bagus ko guna alasan tu utk pujuk mya...nanti secara xlangsung dia jd kakak yg bertanggungjwb gak..insyaAllah...

marzuna said...

E-jay - 2 la, terpaksa libatkan dia dlm semua benda, taknak dia rasa tersisih, sambil tue bagi dia tanggungjawab sekali.Setiap kali balik aku akan tanya dia apa dia buat dan adik dia buat kat nursery.