marzuna

Friday, July 24, 2009

hilang kereta

Last wednesday (22072009), masa nak pergi klinik, aku dan hubby turun ke tempat parking untuk ambik kereta..My Hubby suruh aku pergi beli 'metro & berita harian' dulu dekat 7E, sementara dia terus pergi ambik kereta.. Masa nak bayar surat khabar tur, aku dpt call dari dia,ingatkan dia dah sampai kat dpn 7e...tp..berita yang aku terima amat memeranjatkan..dia ckp..Kereta Hilang..takde dekat tempat parking.Masa tu mmg tergamam,tak tahu nak ckp apa.Kita org try gak cari kat sekitar tempat parking tue.. takut tersalah parking ke...tapi still tak jupe.
My hubby ajak balik rumah dulu..Masa tu mmg nak nangis..tapi kena tahan gak..sebabnyer org ramai dlm lif..Dah mcm2 fikir masa tue, Due date bersalin dah la tinggal sebulan aje lagi..camne nak p spital????.Sampai aje kat rumah, periksa kunci kereta.Sah kereta tu dicuri bukan melalui kunci kereta sebab 2-2 kunci kereta kita org ada.Tak tahu la.. mcm mana kereta tu dicuri sebab tempat parking tu takde kesan cermin kena pecah pun..My hubby ckp..dia nak pergi cari sekitar tempat parking sekitar rumah kita orang pulak..Dia suruh aku duduk rumah dulu..bfast...dia ckp kena mkn gak..kesian baby..Time tue lapar+sakit, semua dah hilang..yang tinggal air mata aje...Lbh setgh jam gak my hubby keluar.Dia balik..aku dah agak apa dia nak ckp..tapi tetap nak tanya gak,,nak sedapkan hati..dan jawapannyer..."Tak ada la ayg..kita pergi balai la wat report ek".
Nasib baik ada motor, leh la kita org bergerak untuk settlekan apa yg patut..Atas motor mmg tak leh tahan air mata..mmg air mata mcm tak leh nak berhenti..walaupun dah cuba tahan...Tapi bila my hubby ckp..Ayg tak leh nangis sgt..kena pikir kesihatan baby...kalau ayg sedih..nanti baby pun sedih...uhuhuhuh
Lepas wat report, kita org pergi bank lak..kena ambik copy geran kereta...lepas dapatkan geran kena pergi balai polis semula dan serahkan pada sarjan ramli..Selesai urusan di balai polis, kena pergi lak insurans...tapi bos dia org takde..So tak leh nak wat report untuk claim.Staff kat situ ckp, bos dia pergi meeting selama 2 hari.So hari jumaat baru dia balik, kena tunggu dia call untuk setkan appointment..kita org balik je la...dengan hampa...
Kita org sampai rumah lbh kurang 5 ptg..Walaupun makan tapi..tak rasa pun rasa makanan.Mmg tak de selera..malam tu aku mmg tak leh tahan dah air mata....tak tahu nape..kebelakangan ni..kalau ada problem senang sgt nak menangis..tak jadi sekuat dulu...
Tgh taip ni pun..ase mcm air mata ketepi aje...uhuhuhuuhu....

Gambar terakhir kereta kesayanganku

No comments: