marzuna

Friday, November 19, 2010

Alkisahnya Di Bulan November

Hari ni saya dan Application team telah berpindah ke tingkat 22 dr tingkat 23. Letih mengangkat barang.Ingat petang baru nak pindah tapi owner baru rumah semi-d saya kat tingkat 23 tue tak sabar-sabar nak masuk dan dengan terpaksa rela saya mengangkat semua barang saya pagi tadi , sebelum tengahari saya telah berjaya masuk ke rumah baru saya sekarang.Rumah baru saya ni tak menarik sgt berbanding rumah semi-D saya tue.Rumah baru ni hanya Cluster dan berada di tengah-tengah.Tak dapat la saya nikmati pemandangan jalan raya, deretan rumah banglo kat jalan travers tue lagi.Sedih juga saya meninggalkan workstation saya tue..huhuuhhu(emosional la pulak).

Nasib baik barang saya tak banyak.Ingat nak dekorate workstation saya ni cantik2..tapi bila piki balik membazir ajer sebab tak tahu la berpa lama duduk sini.Maybe tahun 2012 pindah tingkat 23 semula.Saya decorate ala-ala taska aje..hihihiih..sebabnya barang mainan Mya ada kat bawah meja saya. Saya letakkan alas supaya senang Mya nak main.Lepas ni susah la saya nak bawak Mya duduk kat sini sebab bilik Bos saya depan workstation saya ni aje.Terpaksa la saya duduk kat surau sementara menunggu en Hafez balik dari kerja.Saya upload beberapa gambar Mya Omei masa dia main troli (ditolak oleh Auntie Ayu) pada hari selasa lepas.Lepas ni Mya tak leh main tolak troli kat tingkat 23 lagi.Kat tingkat 22 pun macam tak boleh aje.Macam Sempit  je kawasan ni.




Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada En Hafez sebab hadiahkan Bunga sempene Anniversary perkahwinan kami yang ke-2 baru-baru nie.Bunga tue dia letak atas meja lepas saya tidur,bangun-bangun pagi2 saya ternampak bunga tue.Pelik gak aka tgh mamai sebenarnya..hiihih..Ingat bunga apa.Bila dah boleh berpiki ngn waras, baru la tau sempena Anniversary.
Mummy love Daddy n Mya so much...