Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Mabuk kehamilan adalah normal untuk semua ibu yang mengandung.Ia jugak dipanggil "morning sickness".Berbeza masa mengandungkan Mya Omei dulu, saya tidaklah mengalami morning sickness yang teruk begini.Hanya mengalami evening sickness.So takde la terasa sangat sebab telah berada di rumah dan boleh merehatkan diri.Adik Mya Omei ni agak manja pulak, sebab bukan "morning sickness" pada waktu pagi sahaja tapi sepanjang hari..huhuuhuh..Mmg dugaan sungguh.
Tadi saya search kat pakcik google dan dapat la beberapa tips untuk mengurangkan morning sickness.Pada bakal-bakal ibu, leh la praktikkan cara ni.Maybe jugak korang ada cara lain yang leh share ngn saya.
• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.
• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.
• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.
• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.
• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
• Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.
Hopefully trimester pertama saya akan cepat berlalu..Saya jadi malas sekarang n not in good mood.
3 comments:
tahniah
tahniah aku morning sickness ke aku pregnant?hihiihih
Zuna...aku pun sampai skrg nih kena jaga mkn gak padahal dah nk msk 5 bulan...tp aku perasaan makin tua nih makin teruk la alahan...
Post a Comment