marzuna

Tuesday, June 14, 2011

Bayi Lelaki Atau Perempuan?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tak update blog. Bukan takde cerita nak ditulis,cuma saya agak malas kebelakangan ini untuk menulis.
Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun. Banyak jugak aktiviti si Mya Omei buat yang saya tak dpt update.Nanti bila-bila senang saya upload pic Mya Omei dalam blog ini untuk tatapan kawan-kawan semua. :)
Kandungan saya dah masuk 22 weeks++.Dah 5 Bulan ++. Alhamdulilah.Semoga bayi yang saya kandung ini berkeadaan baik sentiasa dan mudah dilahirkan ke dunia.

Walaupun saya dah buat scan tapi jantina still tak nampak.Orang cakap kalau jantina tak nampak, selalunyer GIRL.Saya tak kisah girl@boy[walaupun saya berharap boy]. Yang saya selalu doakan baby saya ,selamat dalam perut saya yang comei ini. :).

Saya ada jugak search dalam internet, ciri-ciri fizikal ibu mengandung baby Boy or Girl.Nampaknyer saya termasuk dalam golongan girl ngn boy dan saya tak mengandung kembar.Kesimpulannya, fizikal saya tetap tidak dapat mengambarkan saya ni pregnant boy @ girl. 

Kat sini saya list kan fizikal ibu yang hamil anak lelaki@perempuan.So kawan-kawan, sila pilih anda duduk di kumpulan mana.

Tanda Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


Budak Omei yang sibuk - nak telekung tapi takdek saiz so pakaikan ajer la tudung. :)

6 comments:

Annie Tay said...

owh tomei mya pakai tudung...dh mcm budak bsr sgt hehehe

congrate again <3

marzuna said...

nor~ Thank you. Mmg cam org besar pun, dah pandai memerintah macam2

eda said...

a'ah dah lama tak tengok muka mya nampak lain dah...

zuna mcm tak leh pakai je info tu hihi...

marzuna said...

eda~ tue la pasal, tapinyer majoriti org tulis camtue...
tp biasa la..nie dr pemerhatian org kot... setiap org kan berbeza.

Annie Tay said...

tp ade gak betulnye pasal mase ako preggy abbie ako xde la mabuk sangat..just time gosok gg jek ;D

marzuna said...

nor~masa pregnantkan baby, degupan jantung abbie berpa?