marzuna

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Menjelma Kembali

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Next week seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadhan yang mulia.Sure ramai yang tertunggu kedatangan ramadhan kali nie. Ramadhan kali ni saya akan sambut berempat[seorang dalam perut] :).

Saya akan berusaha untuk berpuasa penuh tahun ni. Tak tahu la mampu ke idak tapi semangat dan niat perlu ada. Ingat lagi time mengandungkan Mya Omei dulu, saya memang tak pose sebulan. Masa tue dah sarat sangat dan saya takut kalau saya puasa saya takde tenaga nak teran time nak bersalin
[Mya Omei lahir time lan pose]. Disebabkan takut memudaratkan diri dan Mya Omei , saya dengan terpaksa rela, mengorbankan puasa saya.


Oleh kerana Encik Suami leh balik awal[pukul 5 ptg] saya plan nak masak jer kat rumah.Maybe yang simple2. Yang kami 3 beranak boleh makan. Kalau nak special maybe kena tunggu hari minggu [kalau tak balik klang@chemomoi]. Birthday encik Suami pun jatuh bulan pose tahun ni. Tengah berpiki nak belanja encik Suami bukak pose kat mana.Susah sangat saya masak aje Nasi Ayam[cam tahun lepas].Simple dan mudah dan yang paling penting..JIMAT.:)


Untuk kawan-kawan semua, Selamat Berpuasa Saya dan Family ucapkan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelum-belumnya. Jgn lupa Puasa Penuh tau !!!

No comments: