marzuna

Wednesday, April 27, 2011

Nakal Tak Mya?

Assalammualaikum...

Mya omei yang Comei

Lihat la aksi puteri kesayangan saya.Orang lain elok aje duduk diluar tapi mya omei boleh pulak duduk di dalam bekas mainan tue.Tapi yang peliknya, kenapa budak-budak lain duduk mengadap dia?

Bila saya hantar dia time pagi-pagi, punya la dia nangis.kadang-kadang tue nampak bangunan aje dah merengek.Alhamdulilah la, bila saya jenguk dia 5 minut lepas tue dia dah senyap.Siap main kejar-kejar lagi sambil menyepahkan barang.

Sekarang ni, kalau saya tanya, nak tinggal dengan cikgu jee ke cikgu sapura.dia akan jawab cikgu jee..Kalau tanya cikgu jee ke cikgu nurul..jawapan dia cikgu jee dan bila saya tanya cikgu nurul ke cikgu sapura.Jawapan dia akan berikan adalah cikgu nurul.Kesimpulannya cikgu jee adalah cikgu yang paling mya omei rapat, 2nd cikgu nurul dan kalau 2-2 cikgu ni takdek dia akan menangis sambil air mata mengalir dengan lajunya.Pening kepala saya.Macam mana dia boleh memilih orang.

Rindu pulak dengan Mya Omei.Rindu dengan senyuman yang nampak gigi 8 batang tue. :)

2 comments:

LydSunshine said...

Untuk mengesahkan jawapan dia tu betul ke tak, cuba ko tukar plak struktur soalan ko tu. Anak2 ni kadang2 dia akan pilih ayat yg belakang je. Lagi satu yg aku prasan. Kalo kita ajar dia angkat tgn dgn bertanya 'siapa nama Mya angkat tangan'.. mesti dia angkat tgn kan? Tp ce tukar soklan tu, sape nak rabbit angkat tgn... mesti dia akan angkat tgn jgk. Heheh.. Biasanya itu le yg selalu aku buli anak2 buah aku.

Annie & Jackson Tay said...

haha nangis pagi2 tu hanya drama swasta mar.....my lil son oso since 9mos dah mula berdrama haha make us smile pagi2 =P