marzuna

Monday, April 11, 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu Ke 13

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kalkulator Tarikh Bersalin


Berdasarkan kalkulator di atas, tarikh bersalin saya adalah 13/10/2011. Ini bermaksud saya dah pregnant 13 minggu. Morning sickness saya masih sama.Tiada perubahan lagi.Saya masih mengalami morning, afternoon dan evening sickness.Orang cakap, walaupun morning sickness ni "menyakitkan" ibu tapi itu petanda yang baby kita membesar dengan sihat.Alhamdulilah..

Perkembangan Bayi Minggu Ke 13.
Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

 Petikan Dari Sumber:
http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/13-minggu/

No comments: