marzuna

Tuesday, July 6, 2010

Rumah

Alangkah seronoknya kalau semua yang kita hajati akan termakbul.hihiihih..Tapi realitinya hidup di dunia ini, tiada siapa pun akan terlepas dari cabaran dan dugaan.Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat..Tapi semua yang berlaku ada kebaikan dan keburukan.Sebagai hamba Allah yang lemah, kita harus yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya...Semoga ada hikmah disebalik aku lambat di tetapkan dalam jawatan..Amin..
Andainya aku telah ditetapkan jawatan, perkara pertama aku nak buat adalah beli rumah sendiri.Jelesnya tengok rumah kawan-kawan.Cantik, luas dan selesa.Sian dgn mya, rumah yang kami duduk sekarang agak sempit.Dia nak merangkak pun takde kawasan.Terpaksa la dia merangkak bawah meja makan sebab takde ruang..huhuhuhu..

Rumah aku tu nanti, aku berangan nak design bentuk-bentuk seperti gambar kat bawah ni:

Dapur



Ruang Tamu 1


Ruang Tamu 2


Cantik-cantik kan design dia..erm..walaupun hubby aku cakap,
"mahal sgt design tu..mana la kita mampu"
tapi aku tak kisah.Nama pun angan-angan aka impian.Tak kan nak impikan yang biasa-biasa pulak.Mesti la nak impikan yang cantik2 walaupun diluar kemampuan dan kebolehan..hiihhi. Mana la tau, satu hari nanti impian aku akan tercapai.bak kata orang "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"..~ayat nak sedapkan Hati~...hiihihihihi

No comments: