marzuna

Thursday, April 14, 2011

Annual Dinner Di Sime Darby Convention Centre

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Malam semalam [13/04/2011] Company saya telah telah mengadakan Annual Dinner DI SDCC.Konsep pada malam tue evening dress and tuxedo. Memang glamour giler tapi saya ngn encik suami pakai baju biasa2 aje. Encik Suami tak ikut tema pun. Tak cukup masa nak carik baju encik Suami. Almaklumlah encik Suami saya tu dah berubah saiznya.Semua baju masa muda-muda dulu dah kecik[baju kecik ek, bukan orangnyer ke yg dah bertambah saiz?]

Gambar Gelap - Guna Hp
Desert - Hanya gambar desert dapat di"snap".Juadah utama tak sempat sebab terlalu lapar
Cub teka apa ada  dlm kotak ini?


Oleh kerana adik saya datang rumah, dia la menjadi mangsa untuk menjaga Mya Omei. Kesian jugak kat Mya Omei kena tinggal.Nasib baik la dia senang dipujuk tapi bila nak tidur tu agak problem sikit.Selalunyer kalau nak tidur, dia mesti nak saya dan kalau saya takde daddy dia ada.Malam tadi first time Mya Omei tidur tanpa kami[mummy dan daddy] atau salah seorang dari kami.

Kesimpulan dari majlis malam tadi, saya bagi 3 bintang dari  5 bintang.Kenapa sikit sangat?Banyak sebab tapi malas nak taip.Nasib baik la ada Nabil dan Angah [ raja  lawak] yang dapat menghidupkan suasana.Persembahan Nora pun best.Memang mantap suara dia. Saya balik awal [ dlm pukul 10.30++]  sebab mata saya agak mengantuk [saya memang selalu tidur awal].

Sampai rumah pukul 11.00 malam.Nasib baik Mya Omei tak terjaga.Dia tidur dengan lena.
Ingatkan Mya Omei akan terlena sampai ke pagi tapi hanya impian saya saje..Dia terjaga dalam pukul 4.00 pagi.Dia boleh tersenyum2 tengok saya dan mintak didukung.Saya malas nak layan[mmg tak larat] tapi dia terus menunjukkan perasaan dia dengan menangis sekuat hati.Terpaksa la saya dukung dia dan Encik Suami buat susu.Nak minum berpangku.Lepas habis minum nak bukak peti ais pulak.Dia selongkar apa yang patut dan akhir sekali nak makan coklat.Habis coklat  saya suruh Mya Omei tidur tapi dia taknak tidur.Last sekali terlelap jugak.Itupun dah pukul 05.30. pagi .Saya ada 30 minit jer lagi, nak sambung tidur.

Kesan dari semua perkara diatas, saya amat mengantuk sekarang ini, kepala saya amat berat dan mata saya hampir-hampir tertutup sahaja. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


7 comments:

aida said...

mya menyusu lg tak masa ko pregnant ni weh

marzuna said...

dah stop..baru jer stop kan dia.. sebab ustazah ijan ckp dia pernah terbaca Rasullah benci ibu yang menyusu anak dan sedang mengandung..

LydSunshine said...

Zuna, dpt apa dlm kotak tu?

marzuna said...

Lyd~ ala..lilin wangi jer..

DaddyCool ™ said...

*Mmg betul la.....baju daddy dh mengecik.....masuk mesin dia kecut...hehehehehe
*Persembahan Nora memang best...

aida said...

zuna- yeke? aku bace2 mcm boleh..

http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5480&forum=6

marzuna said...

entah... aku pun tak pasti.. tapi aku pernah baca gak.. kita digalakkan nyusu sampai 2 thn jer.. tapi zaman skrg anak dah lbh 2 thn pun org nyusukan..
so.. kena tanya pakar agama la kot..