marzuna

Monday, October 11, 2010

Sape Nak jadi Cikgu?

Cikgu adalah cita-cita saya masa kecik, tapi bila naik sekolah menengah saya dengan marahnyer akan ckp tak nak jadi cikgu bila mak ayah saya suruh jadi cikgu.Sekarang rasa cam menyesal lak sebab tak dengar cakap mak ayah saya.Kalau saya mendengar kata sure saya tak payah pening-pening mengadap coding tiap-tiap hari...huuhuhuhu

Post saya kali ni cuma nak bagi tahu:
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG) telah dibuka.So pada kawan-kawan yang berminat tue sila-sila la ek lawati website moe:
http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/iklan.html


Kalau tak salah saya, tarikh tutup permohonan adalah 24 oktober 2010.Pada kawan-kawan yang nak apply dan bercita-cita untuk jadi cikgu yang cemerlang, gemilang, terbilang..(hahhahah..tajuk syarahan saya masa sekolah menengah dulu) jangan ada yang terlajak tarikh pulak ek.Good Luck :)

3 comments:

aida said...

yang sebenarnya..memang tuhan dah tentukan..inilah bidang kita zuna ..

SalidaSunshine said...

Betul tu Aida. Aku pun dulu penah rasa kecewa terlampau sbb tak dpt masuk maktab wp byk kali amik ujian kelayakan. Allah lebih tau kenapa ko tak jadi cikgu. Sekurang2nya kalo ko bosan dgn coding pun, ko bleh nak maki coding. Tapi kalo ko bosan dengan perangai budak skolah, ko mmg takleh nak letak tepi tugas tu. Jadi cikgu ni mula-mula je best. Lama2 jemu.

marzuna said...

aida & Lyd ~~ sebenarnya aku nie tak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah...huhuhuhu :(