marzuna

Tuesday, October 5, 2010

Susu Formula pertama Mya

Enfagrow A+, susu pilihan Mummy untuk Mya Omei [Mya tak boleh pilih sendiri lagi so mummy la kena decide nak kena bagi susu apa.]
Susu Mya Omei

Pening kepala juga nak memilih susu ni.Semua susu mempunyai kelebihan masing-masing.Ada yang baik untuk perkembangan fizikal dan ada pulak yang elok untuk perkembangan otak. 

Malam tadi usaha untuk memperkenalkan mya kepada susu formula memang berhasil.Alhamdulilah.Daddy Mya yang tolong bancuhkan susu. 1 1/2 scoop untuk 3 auns air [tq daddy].Mula-mula tu, dia macam tak nak minum, dia minum tak sampai 10 saat, dia terus bagi botol susu pada saya sambil tunjuk atas meja[atas meja ada susu perahan, tunjuk atas meja tandanya mintak susu atas meja tue la].Saya try bagi lagi tapi dia geleng-geleng kepala sambil sebut nak, nak[sebenarnya tak nak].Saya pujuk-pujuk dia sambil cakap, susu ni sedap, manis walaupun dia tak faham.Mya  buat memek muka nak nangis.Saya terpaksa mengalah time tue dan saya terus bg susu badan secara direct.

Masa Mya leka main-main , saya saje bagi semula botol susu pada dia.Dia ambik botol sambil membaringkan diri di atas tilam.Alhamdulilah time tu tak banyak songeh lak.Boleh terus habiskan 3 auns tue sekali jalan.erm..Mya Omei memang budak baik.Agaknya penat bermain, tak kisah la, air apa pun..janji boleh hilangkan haus dan penat.

Malam ni saya nak try lagi bagi.Sehari 3 auns pun cukup la. Kena ajar dia minum susu formula sebab susu badan saya semakin berkurang dan yang sebenar-benarnya motivasi saya untuk jadi ibu susu yang berjaya, cemerlang semakin merudum [terukkan saya, jangan contohi saya ye kawan-kawan]
Semoga Mya membesar jadi anak yang baik&solehah walaupun terpaksa minum susu Lembu...

9 comments:

SalidaSunshine said...

Nor Salida likes this.

aida said...

marzuna, congrats sebab dapat menyusukan mya sampai setahun jugak..suspens gak ni..duk bf tanpa ada stok..

marzuna said...

lyd ~~ Tq

aida ~~ aku ada stok lagi tapi ase macam malas nak pam secara aktif.Nak pam secara pasif je pulak lepas ni.Takpe takde stok cuma kena rajin pam la...

eda said...

zuna kira dah berjaya la ye misi bg mya susu tepung ye..nmpknya lps ni aku kena try lak..sehari sekali..bagus gak tips tu..risau gak susu badan pun dah berkrg..

marzuna said...

eda~~ Alhamdulilah.Akhirnya berjaya jugak membeli dan memberi Mya susu tepung.Terbeli yang perisa Original tapi nasib baik Mya nak.

ecah said...

mummy dia ok jer minum susu lembu dulu..jadi ayam lagii tuu..hehe

marzuna said...

ecah~~mummy dia minum susu ibu sampai 3 tahun tau...ihihihihi

aida said...

sebenarnya susu ibu boleh minum sampai budak umur berapa?

marzuna said...

aida ~ kalau tak salah aku- dlm islam digalakkan sehingga 2 tahun tapi kalo ikut doktor tak kisah la..umur berpa pun tapi takkan anak dah umur 4-5 tahun nak nyusu badan lagi kot...huhuhuuh..