marzuna

Friday, October 1, 2010

First Day Mya di Raihana Childcare (SSM)

Hari ni merupakan First Day mya duduk di nursery Raihana Childcare(SSM).
Pagi-pagi lagi dalam pukul 615 dia dah bangun. Maybe Mya Omei  rasa tak sabar nak ke nursery baru. Nerveous agaknya. Ke mummy Mya yang lebih-lebih??ihihiihih. Lepas mandikan dan siap-siapkan Mya  dengan pakaian + drypers yang bersih, Mya mula merengek-rengek dan saya sedia maklum dengan situasi itu.Mya mahu membuang hajat besarnya.Memang  tabiat Mya sejak dari kecik.Dia hanya akan ber** sekiranya drypersnya bersih.Terpaksa la sekali lagi bawak dia ke bilik air dan buat apa yang patut.

Dalam pukul 0715 pagi kami bertolak ke Ofis mummy aka Nursery baru Mya dan kami sampai dalam pukul 0745 pagi.Cemas jugak, takut jalan jem sebab hari ni hari first kita orang naik kereta ke office.Alhamdulilah kami sampai sebelum pukul 0800 pagi.Mya menangis jugak masa kena tinggal tadi tapi selalunya dia akan menangis sekejap sahaja(di nursery lama).Hopefully Mya Omei dapat menyesuaikan diri di Nursery baru dia itu.

Dalam pukul 0900 pagi tadi, ada bertanya Kak Alia pasal Mya.Kak Alia pun hantar anak dia(Mariam) ke sana. Kak Alia kata mya dah tidur.Alhamduillah la sebab dia  dapat tidur, dapat la dia berehat.

Pukul 1200 tghhari tadi pengetua Nursery baru Mya itu bagi sms tentang bayaran.Sempat jugak saya tanya pasal Mya masa balas sms dr Puan Wani  tadi.Dia kata Mya still tidur.Masa tue hati dah tak berpa sedap.Berfikiran Negatif.~~Lamanyer Mya Tidur~~. Maybe suhu sejuk dan dia bangun awal pagi tadi, sebab tu dia tidur lama[fikiran yang nak sedapkan hati]

Pukul 0100 ptg tadi, pergi beli lunch dan keluarkan duit untuk bayar fee Nursery Mya, sambil-sambil tue jenguk la Mya dan dia masih lagi tidur.Dah 4 jam Mya tidur.Seingat saya, Mya tidak pernah tidur selama itu di waktu siang(non-stop).Dikala itu, fikiran saya memang dipenuhi dengan fikiran negatif dan yang bukan-bukan.Tapi sebagai ibu, saya rasa semua ibu akan berfiikiran macam saya...RISAU...
Kenapa lama sangat anak saya tidur? Dikala ini pun saya masih risaukan Mya Omei saya....
Lambat la pulak pukul 0515.Tak sabar rasanya nak ambik Mya..



3 comments:

LydSunshine said...

Mesti Mya selesa giler di tempat baru kot. Smlm after office hour aku nmpk ko dgn Mya mcm ok je. COmel Mya. Tp nak panggil, ko jalan laju benor.

ecah said...

sib baek lid bg ayat penyedap ati..hihi

marzuna said...

Lyd~~hiihih.laju ke?tak sengaja terlaju lak..

Ecah ~~ Nasib dia tak tambahkan minyak dekat api yang sedia besar..uhuhuhu..