marzuna

Wednesday, October 13, 2010

Resepi Biskut Mama Carrie

Tadi saje je google untuk cari resepi biskut mama carrie. Rasa nak belajar buat biskut mama carrie pulak dan hasil pencarian saya di google saya dapat la resepi ini:

Biskut Mama Carrie
Bahan-bahan:
8 auns butter
3 auns gula icing
8 auns tepung Hong Kong
8 auns tepung Top Flour
2 auns tepung jagung
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara:
Gaul kesemua bahan di atas sehingga lembut dan cukup kental. Asingkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Keluarkan dan bentukkan mengikut bentuk yang di sukai (lbh cantik kalu dibentukan heart shape).

Bahan-bahan utk gula icing:
2 biji putih telur
gula icing secukupnya
1/2 sudu kecil esen vanila
sedikit serbuk chocolate atau pewarna coklat

Cara-cara:
Putih telur, gula icing dan esen vanila dipukul hingga kembang. Sekiranya bancuhan gula icing ini cair, tambahkan sedikit demi sedikit gula icing dan sekiranya bancuhan sedikit pekat, tambahkan putih telur. Setelah mendapat bancuhan yang diingini, asingkan sedikit bancuhan dan tambahkan serbuk koko atau pewarna coklat untuk tujuan melukis di atas biskut.

Bila baca balik resepi ni cam rumit pulak kerjanyer[ayat malas nak buat la ni] ;).

4 comments:

eda said...

nnt bila dah try buat..bw kat off tau girls kat ict ni penilai makanan kategori pro hihii

ecah said...

sblum tu kena rasa dulu..klu agak2 xbleh blah, jgn bwk..nanti kena jenggg..hehe

marzuna said...

eda ~~ InsyaAllah tapi rasanya raya tahun dpn la kot..baru cuba..kihkihkih

ecah ~~ ala...tak bleh blah pun takpe..ramai yg tak kisah, janji ada benda nak kunyah.. :)

LydSunshine said...

Tepung Hong Kong la plak..