marzuna

Friday, August 27, 2010

Beraya di mana?? Nak raya kat Chemomoi...

~~~Hari Raya adalah hari kemenangan kita berjaya melawan hawa nafsu. Nafsu dari makan minum, nafsu dari bergaduh, mengumpat, nafsu mengantuk, nafsu malas,nafsu mata dan berbagai nafsu lagi. Seharusnya kita sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bukannya kita cemari dengan pergaduhan nak beraya rumah siapa.~~~Seronoknya kalau kita boleh beraya di kampung kita setiap tahun..Angan-angan yang tak mungkin tercapai melainkan saya bersalin setiap tahun di bulan syawal..tapi..larat ke..huuhuhuh

Tahun ni saya akan beraya di Klang pula disebabkan saya telah beraya sebulan (sebab saya melahirkan Mya) pada raya tahun lepas di kampung halaman saya, Chemomoi yang Indah.Ini merupakan kali pertama saya tidak menyambut Aidilfitri (raya pertama) bersama mak dan ayah saya dekat kampung.Walaupun raya lambat lagi, ramdhan baru separuh bulan tapi kesedihan itue sudah mula terasa..huhuhuuh..

Tengahari tadi call kakak kat kg.Dia tengah sibuk buat biskut Raya dan Meruku.Ada orang tempah meruku dengan dia.Dia dah janji nak buat biskut kelapa kegemaran saya.Walaupun biskut kelapa ni old fashion tapi saya tetap suka biskut itu.Bagi la saya biskut yang cantik+glamour mana pun(ada badam+coklat dan berbagai2 lagi), biskut kelapa ini tetap berada teratas dalam senarai saya.

Persiapan raya tahun ni lebih tertumpu untuk Mya Omei.Mummy dgn Daddy beli mana yang patut aje.Utamakan anak dulu.Last week pergi sogo beli baju+mainan+stroller Mya habis dekat 700.00++. Kesian Mya takde stroller.Sebelum ni pinjam stroller sepupu mya(dia bagi sebenarnya) tapi stroller tu besar sesuai untuk bayi dan dah tak sesuai untuk Mya lagi.Memandangkan umur Mya dah nak dekat setahun, mummy dan Daddy decide belikan dia stroller tue sebagai hadiah harijadi. Praktikal kan hadiah tue :)

Sebelum saya akhiri celoteh saya kali saya nak bagi tahu, hari ini adalah hari paling bersejarah dlm hidup Nur dameea Maisarah kerana
17hb Ramadhan~~hari nuzul al-quran dan hari ini juga merupakan hari ulangtahun  kelahiran Mya dalam bulan islam.Hari ni Mya genap 1 tahun.Semoga Nur Dameea Maisarah menjadi anak solehah, berjaya di dunia dan akhirat.Mummy dan Daddy sayang sangat dekat Mya... :)

3 comments:

ecah said...

mya dah setaun baru nak beli stroller wat pe..dah pandai jln dah..dah la beli mahal Rm300++..huhu

SalidaSunshine said...

Haa.. dgr tu.. Mak angkat Mya dah marah tu. Ngaper ko tak sewa je Zuna? Ish..ish... Nnt kalo aku dah ader anak, ntah mende la aku beli lagi. Aku ni dah la mmg spesis suka membeli wp brg yg takder kaitan dgn aku. COntoh mcm tudung awning. Heheheh.. Beli je, tp tak pkai.

marzuna said...

ecah ~ beli wat collection..
huhuhuhuu

lyd ~ stroller elok beli, kalo sewa nanti adik2 mya tak leh guna lak...